Sunday 26 March 2017

(Video) Kedai Mamak Kantoi Basuh Semula Lauk 3 Hari


Kulai – Video memaparkan seorang pekerja kedai mamak membasuh lauk yang tidak habis dijual menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Menurut laman We Are Malaysian Indians (WAMI), lauk dipercayai sudah tiga hari itu akan dimasak untuk dijual semula kepada pelanggan.

Dakwa laman WAMI lagi, udang itu akan dimasak semula untuk mengelakkan pembaziran.

Sementara itu di media sosial, netizen mempertikaikan mengapa tiada tindakan dari pihak berkuasa setelah acap kali kes-kes seumpama itu viral di media sosial.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mahu bersangka baik, mungkin udang itu tidak dimasak semula untuk pelanggan, sebaliknya digunakan untuk tujuan lain.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 736,716 kali dan dikongsi 14,425 pengguna laman Facebook. - Sumber

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments