Sunday 26 March 2017

Video: Tak Tahan Dikecam, Farah Elmo (Mami) Minta Maaf


Sekurang-kurangnya dua buah video yang menjadi tular di laman media sosial menjadi perbualan hangat di media sosial. Bertambah panas apabila topik yang dibicarakan mengenai perkahwinan, kerja dan duit hantaran.

Video tular berkenan turut dikecam oleh netizen kerana Mami telah membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin namun tidak mahu memikul tanggungjawab dan berusaha mencari rezeki.

Bagaimanapun gadis yang dikenali sebagai Farah Elmo mendapat kecaman hebat dari pihak natizen, laman sosial cukup ‘meriah’ dengan luahan pelbagai buah fikiran. termasuklah video viral dua orang lelaki yang membalas kepada video wanita tersebut.

“Mengumpul wang adalah cabaran yang cukup hebat bagi lelaki di zaman ini, apatah lagi kaum wanita dilihat Meminta hantaran kahwin serupa yahudi tagih hutang”

Tak tahan dikecam natizen akhirnya Farah Elmo meminta maaf kepada kaum lelaki, terutamanya lelaki bujang.

Katanya video yang dia buat pasal lelaki itu, khusus lelaki bujang yang berperwatakan kurang baik, maknanya dia malas kerja dan tidak mahu membantu orang tua.

“Untuk lelaki bujang diluar sana yang tak boleh terima nasihat saya, saya mintak maaf lah” katanya menurusi satu rekaman video singkat sejam lepas. - eBerita

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments