Wednesday 13 December 2017

Doktor Main Mahjong Semasa Lakukan Imbasan


TAK senonoh…seorang doktor telah digantung tugas selepas didapati bermain mahjong dalam telefon bimbitnya ketika sedang menjalankan imbasan terhadap pesakitnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah hospital di Heilongjiang dengan doktor terlibat dikenali sebagai Dr Liu Chunxia.

Ketika itu Dr. Liu sedang bertugas di dalam bilik imbasan CT. Aksinya itu telah dirakamkan dan kemudian dimuatnaik dalam Youku.

Sedangkan pada alat CT itu dengan jelas menyatakan bahawa pengawasan rapi perlu diambil ketika mengendalikan mesin terbabit dengan pendedahan kepada radiasi perlu dilakukan pada paras minimum.

Malah penjagaan khusus perlu dilakukan jika pesakit adalah kanak-kanak.- MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments