Tuesday 28 March 2017

`Penis Seat’ Untuk Sedarkan Lelaki Jangan Suka Meraba


JANGAN terkejut jika anda menaiki perkhidmatan kereta api Metro di Mexico. Ini kerana ada tempat duduknya dikenali sebagai `penis seat’ yang lengkap dengan acuan dada lelaki, pusat, pinggang dan alat sulit.

Kerusi itu direka dikhaskan untuk golongan lelaki sahaja.

Ia bukannya berunsur seks sebaliknya direka sedemikian rupa bagi menyedarkan kaum lelaki mengenai gangguan seksual terhadap wanita, terutama lelaki yang suka mengambil kesempatan dengan meraba kaum hawa ketika menaiki pengangkutan awam.

Kerusi berkenaan juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada kempen menentang gangguan seksual.

Sudah tentu kaum lelaki yang duduk di kerusi tersebut akan berasa tidak selesa kerana permukaannya yang tidak rata itu boleh mengganggu keselesaan mereka.

Namun terdapat papan tanda berhampiran kerusi itu yang tertulis :

“Ia memang tidak selesa untuk duduk di sini tetapi ia tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan wanita yang berdepan dengan keganasan seks setiap hari,”.

Dianggarkan kira-kira 9 daripada 10 wanita di Mexico City menjadi mangsa keganasan seks setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments