Friday 17 February 2017

Telan 7 Berus Gigi Kerana Marah Dipaksa Kahwin


BERANG kerana sering dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya, seorang wanita telah menelan tujuh berus gigi dengan setiap satu adalah sepanjang lapan inci selepas mengalami tabiat pemakanan yang teruk berpunca daripada tekanan.

Wanita itu, Xiao Yun, 31 tahun, terpaksa dikejarkan ke hospital di China selepas mengalami sakit perut yang amat sangat.

Doktor terpaksa mengambil masa selama enam jam untuk melakukan pembedahan ke atas Xiao Yun manakala satu pertiga daripada usus kecilnya dan 7.9 inci usus besar terpaksa dibuang.

Tiga daripada tujuh berus itu juga telah menembusi gastrousus dan mencucuk hati manakala empat berus gigi terperangkap dalam ruang injab di antara perut dan usus kecil.

Xiao Yun dijangka menjalani dua lagi pembedahan dalam tempoh tiga bulan akan datang sebelum pulih sepenuhnya.

Akibat tekanan yang diterima daripada ibu bapanya, Xiao Yun juga mengalami tabiat pemakanan yang pelik dan sering menelan rantai tangan, butang, rambut serta gelang getah.

Ia berpunca daripada ibu bapanya yang sering mengatur janji temu dengan lelaki, malangnya, Xiao Yun tidak berkenan dengan lelaki yang diatur oleh ibunya itu.

Keadaan ini menjadikan Xiao Yun memberontak. - MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments