Monday 18 December 2017

Video: Kau Yang Salah, Nak Tunjuk Samseng Pulak..


TULAR menerusi media sosial video seorang lelaki yang berlagak samseng cuba mengancam dan merosakkan kereta pengguna jalan raya yang lain.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.13 petang semalam di Klang, Selangor, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke destinasinya secara tiba-tiba dihalang ketika cuba melalui sebuah bulatan jalan raya.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit 30 saat, pemandu Proton Wira berwarna hitam itu pada mulanya dilihat memasuki bulatan berkenaan tanpa mempedulikan kereta mangsa yang terlebih dahulu melaluinya.


Ini membuatkan mangsa terpaksa melakukan brek secara mengejut bagi memberikan ruang jalan kepada pemandu Wira terbabit.

Bagaimanapun, difahamkan berlaku sedikit pergeseran di antara kedua buah kenderaan tersebut yang dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Proton Wira itu sendiri.

Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari kenderaan dan terus mengajak mangsa keluar dari kereta untuk selesaikan masalah yang timbul.

Namun mangsa tidak mengendahkan arahan lelaki terbabit dan menekan bunyi hon bagi meminta lelaki itu beredar.

Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu kemudian dilihat mengambil sesuatu objek yang dipercayai kayu hoki untuk mengancam mangsa.

Lelaki terbabit berulang kali memaksa mangsa keluar dari kereta untuk selesaikan masalah yang timbul tetapi mangsa tidak mengendahkan arahan lelaki terbabit.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu lelaki itu yang berlagak samseng sedangkan dirinya yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Ini orang suka ambil kesempatan walhal diri dia sendiri yang salah. Baru masuk bulatan, lagi nak turun sound orang? Kena utamakan siapa yang berada dalam bulatan. Tak ada ambil exam L ke dulu?

“Tak kisahlah kau warna apa, bangsa apa, kalau nak dihormati, perlu hormati orang lain juga,” kata Shazleen Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments