Wednesday 1 February 2017

Rumah keranda

Hong Kong: Kadar sewa rumah yang naik mendadak di bandar raya ini menyebabkan lebih ramai penduduk terpaksa menyewa bilik yang digelar ‘rumah keranda.’

Bilik yang hanya berukuran 1.9 meter persegi itu semakin popular kerana hanya itu yang mampu didiami oleh orang seperti Wong Ziwa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penempatan seperti itu sebagai ‘penghinaan terhadap maruah manusia.’

Tetapi bagi Wong, itu sahaja yang boleh dia anggap sebagai rumah.

Kadar sewa rumah di Hong Kong meningkat hampir 50 peratus sejak 2012, menjadikan kediaman di situ antara yang paling mahal di dunia.

Untuk meraih keuntungan, kebanyakan pemilik apartmen mengubah suai rumah mereka menjadi ‘rumah keranda.’


Wong yang membayar sewa sebanyak AS$226 (RM1,000) sebulan untuk rumah seperti itu, sebelum ini menetap di rumah sangkar, rumah kecil sebelum kewujudan ‘rumah keranda’ - selama lebih 20 tahun.

“Sudah dua tahun saya memohon rumah awam tetapi sehingga ini masih belum ada berita mengenainya. Saya tidak tahu sampai bila saya akan ditawarkan rumah awam,” katanya.

Seorang pekerja kebajikan, Shan berkata: “Rumah keranda itu terlalu sempit dan tercemar. Untuk meluruskan kaki juga amat sukar. Ia pasti memberi kesan psikologi kepada penghuninya.”

Menurutnya, hampir 200,000 orang senasib dengan Wong, tinggal di bilik sempit seperti itu.

Bagaimanapun, jumlah itu dipercayai jauh lebih tinggi. - Mymetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments