Sunday, 12 February 2017

Pelabur Timur Tengah semakin waspada dengan Malaysia, kata badan pemikir


PETALING JAYA: Penghijrahan besar pelabur Timur Tengah dari Malaysia sebagai tanda negara ini kehilangan keyakinan sebagai ekonomi yang kaya dengan minyak, kata badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal ehwal Ekonomi (Ideas).

Penarikan balik berbilion dolar dalam pelaburan datang pada saat negara Timur Tengah bukan setakat situasi kejatuhan harga minyak paling teruk dalam sejarah mereka, tetapi lebih daripada itu, kata Pengurus Hubungan Luar Ideas, Azrul Khalib.

“Ia sebenarnya gejala masalah lebih besar daripada kemerosotan keyakinan pelabur,” katanya memberitahu FMT.

Beliau berkata penarikan projek berbilion dolar pelabur Arab memberi isyarat “amat membimbangkan” akan peralihan keyakinan walaupun kemerosotan global harga minyak menyebabkan pelabur Timur Tengah “semakin selektif dan berhati-hati” membuat pelaburan.

“Mereka kini mungkin melihat negara ini sebagai destinasi berisiko untuk pelaburan jangka panjang.”

Azrul berkata beliau percaya isu 1Malaysia Devlopment Berhad (1MDB) adalah satu daripada sebab perubahan dalam keyakinan kerana ia membawa masuk kepada persoalan “kebolehramalan dan kebolehpercayaan” menjalankan perniagaan dengan Malaysia.

“Perkembangan menonjol seperti itu memerlukan pembaharuan segera mengenai tadbir urus dan pengurusan perusahaan milik negara oleh kerajaan,” katanya.

Kenyataan Azrul berikutan laporan penarikan diri Syarikat Minyak Arab daripada projek penapisan dan pembangunan petrokimia usaha sama dengan Petronas di Pengerang, Johor yang bernilai AS$27 bilion (RM119 bilion).

Sebelum ini, Malaysia sekian lama dianggap sebagai destinasi yang selamat dan boleh dipercayai bagi pelaburan asing.

Ia dilihat mesra pelabur, stabil dari segi politik, ketat dalam kepatuhannya kepada kedaulatan undang-undang dan boleh diramal apabila menjalankan perniagaan.

“Malaysia merupakan benefisiari keyakinan selama beberapa dekad,” kata Azrul.

Pada 2000-an, Malaysia berusaha menarik pelaburan dari negara Timur Tengah yang kaya dengan minyak untuk meningkatkan pertumbuhan negara, menarik pelabur dari Abu Dhabi, Dubai, Qatar dan Kuwait.

Pelabur Arab terangsang untuk membuat rancangan pelaburan agak besar di Malaysia, tetapi terganggu dengan krisis kewangan global 2008.

Mubadala Development Group milik Abu Dhabi dilaporkan antara yang berharap mengetuai pembangunan Medini di wilayah Iskandar Johor pada 2007.

Bagaimanapun, selepas krisis kewangan global, syarikat tempatan mengambil alih urus niaga.

Pada masa yang sama, pelabur Dubai juga menarik diri daripada projek usaha sama dengan UEM Sunrise di Nusajaya, Johor.

The Singapore Straits Times melaporkan projek negara Arab lain “dihentikan secara senyap” beberapa tahun kebelakangan ini termasuk projek bernilai AS$7 bilion bagi kemudahan penyimpanan minyak di Tanjung Piai, Johor dan kilang pelaburan aluminium di Sarawak yang berharga AS$4.2 bilion. - FMT

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments