Friday, 17 February 2017

Pegawai Khas MB Selangor Pakai Jam Tangan Bernilai RM87,000?


Ini adalah Muhammad Hilman Bin Idham. Pegawai Khas Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Difahamkan beliau yang bertanggungjawab menguruskan urusan Qariat Kematian untuk orang Islam dibawah Kerajaan Negeri Selangor.

Melihatkan kemewahan kehidupan beliau yang mampu membeli jam tangan jenama Panarei bernilai RM80,000 ,ini menimbulkan kemusykilan dan syak wasangka tidak baik.

Sebagai seorang Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Selangor, berapa lah sangat gaji beliau sehingga mampu membeli jam tangan semahal itu?

Ketirisan jutaan ringgit didalam pengurusan Qariat Kematian oleh individu tertentu yang bertanggungjawab seperti didedahkan oleh Dato’ Sri Jamal Yunos harus dijawab.


Rakyat Selangor juga mempunyai hak untuk mengetahui kemana wang jutaan ringgit itu pergi atau lesap.

Kalau dahulu Umno BN Selangor sering dituduh sebagai penyamun dan mencuri hak rakyat,adakah mereka ini Pakatan Pembangkang yang menerajui Selangor ini lebih suci dan bersih dari Umno BN?

Difahamkan Dato’ Jamal akan membuat lapuran pada SPRM Selangor bersama sama bukti yang beliau ada terhadap penyelewengan ini.

Untuk rekod, beberapa bulan lepas dakwaan yang sama (korupsi, bermewah dan menjadi kaya-raya sekelip mata) pernah dilemparkan ke atas Muhammad Hilman bin Idham namun pegawai khas MB itu tidak menjawab sebarang dakwaan yang tersebar.


Ia membuatkan tuduhan tersebut bertambah rancak dan mengundang pelbagai spekulasi yang tidak sihat tidak hanya ke atas Hilman bahkan ke atas Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin serta PKR.

Hasil pemerhatian kami di beberapa aplikasi media sosial, setiap kali penyokong-penyokong parti berdebat, berhujah atau bergaduh, isu Hilman ini sering dimainkan bagi menjatuhkan kedudukan Azmin selain dari isu ‘Aiskrim’, rumah-urut, masalah air, sampah dan denggi di Selangor. - Sumber

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments