Menurut laporan yang dikeluarkan Edelman Trust Barometer Malaysia 2017, lebih 52 peratus rakyat negara ini hilang kepercayaan terhadap institusi utama negara.
Institusi yang dimaksudkan itu termasuk kerajaan, media, perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Lebih 52 peratus daripada rakyat negara ini percaya sistem berkenaan telah mengecewakan mereka. Manakala hanya 12 peratus peserta kajian yang menyatakan sistem itu memenuhi tujuannya.
Akhbar The Sun memetik kenyataan Pengarah Urusan Edelman Malaysia Robert Kay, sebagai berkata, rakyat khususnya merujuk gejala rasuah dan sektor imigresen sebagai sumber kebimbangan utama mereka.
Kay dilaporkan berkata kebanyakan peserta kajian percaya bahawa keseluruhan sistem tidak memenuhi tujuan sepatutnya dengan memetik rasa ketidakadilan, kekurangan harapan dan keyakinan, dan keinginan untuk berubah.
Menurut kaji selidik itu, institusi kerajaan (37 peratus) dan media (42 peratus) kekal pada tahap yang tidak boleh dipercayai tahun ini, di mana kedua-duanya mencatatkan penurunan sebanyak 2 dan 3 mata.
Sementara itu, sektor perniagaan dan NGO berada pada tahap neutral pada 58 peratus dan 56 peratus tahun ini,berbanding hampir 61 peratus dan 58 peratus sebelum ini. - Malaysiakini
No comments:
Write comments