Sunday, 12 February 2017

Lelaki terkena renjatan elektrik


SEMPORNA:Seorang lelaki terkena renjatan elektrik semasa melakukan penyambungan haram dari tiang elektrik ke rumah berhampiran. 

Mangsa Mohd Said Bin Jainol, 35 tahun, terkena renjatan elektrik dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bubul Lama, di sini, petang tadi. 

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.30 petang dan terus mengerahkan anggota ke lokasi kejadian sejauh empat kilometer. 

Menurut pihak bomba, pasukan bomba dibantu oleh Pihak SESB menurunkan mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Operasi berkenaan melibatkan tujuh orang anggota serta dua buah jentera dan turut dibantu oleh SESB. - Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments