Gambar Hiasan | Google Image
Tawau: Pengawal keselamatan maut ditikam ketika meleraikan pergaduhan pekerja ladang kelapa sawit di Pasar Tamu Ladang Seraya, Kalabakan, dekat sini.
Mangsa parah di bahagian dalam mulut akibat ditikam sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Tawau pada kejadian kira-kira 10 malam kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.50 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara pekerja ladang bersama suspek berusia 30-an yang juga bekas pekerja.
Mangsa yang sedang makan di gerai cuba meleraikan pergaduhan itu dengan baik namun suspek bertindak agresif dan menikamnya menggunakan pisau sehingga parah.
“Suspek terus melarikan diri ke arah rumah pekerja ladang dan orang ramai di lokasi kejadian tidak berani menahan suspek kerana masih bersenjatakan pisau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Fadil berkata, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Mymetro Online
No comments:
Write comments