Friday 11 August 2017

Ajak Video Call, Minta Gambar Badan Cikgu Sendiri


CABARAN seorang guru bukan kecil, jika tiada kesabaran pasti akan berhadapan dengan pelbagai tekanan yang amat berat.

Terbaharu tular menerusi media sosial kisah seorang cikgu meluahkan rasa kesal berikutan tindakan salah seorang pelajarnya yang agak keterlaluan.

Kisah ini dikongsi oleh seorang guru praktikal yang hanya dikenali sebagai Muhamad Hafidzol Ejoy melalui laman Facebook.

Dia begitu terkejut dan kecewa dengan perangai seorang daripada pelajar yang dianggap tidak berada kerana hilang rasa hormat terhadapnya.

Menerusi perkongsian tersebut, tindakan pelajar yang ajak dia untuk melakukan hubungan seks adalah amat keterlaluan dan keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.




Cikgu berkenaan bukan hanya diganggu dengan perbualan mesej di Whatsapp, malah pelajar terbabit turut mengajaknya untuk membuat panggilan telefon.

Berani sungguh kan…pelajar ini mengajak gurunya untuk melakukan perbuatan yang tidak elok.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya memandang serius perkara sebegini dan seharusnya memantau aktiviti anak mereka bagi elak perkara ini berulang pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments