ANKARA: Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata republik Islam itu tidak gentar dengan ancaman Amerika Syarikat susulan ujian peluru berpandu negara itu, baru-baru ini.
"Iran tidak gentar dengan ancaman demi untuk melindungi keselamatan rakyat. Kami tidak akan memulakan peperangan, tetapi hanya bergantung kepada kemampuan diri," tulis Zarif menerusi laman Twitternya.
Tulisan itu dilihat sebagai tindak balas terhadap kenyataan Trump menerusi Twitter yang menyifatkan tindakan Iran itu seolah-olah menguji kesabaran pemimpin baharu AS itu.
"Iran bermain dengan api dan mereka tidak menghargai kebaikan Presiden Obama terhadap mereka. Tetapi bukan saya!" katanya menerusi laman Twitter.
Tindakan Iran melakukan ujian peluru berpandu memaksa Trump merancang mengenakan sekatan kepada beberapa entiti Iran, bertujuan untuk memberi tekanan sambil berusaha mencari strategi baharu untuk menentang tindakan yang disifatkannya boleh menjejaskan kestabilan. - REUTERS
No comments:
Write comments