Friday 3 February 2017

'Bapa syaitan'

Queensland, Australia: Seorang bapa tergamak mendera anaknya sehingga mati pada usia 31 hari, September 2012 lalu semata-mata kerana dengki anaknya itu diberi lebih perhatian oleh isterinya dan tidak tahan mendengar tangisan bayi terbabit.

‘Bapa syaitan’ itu, Michael John Humphreys dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun terhadap tuduhan membunuh bayinya, Paige Ella Rose, seminggu lalu.

Ibu Rose, Sarah Mooney, 26, berkata, dia menyesal kerana tidak menyedari dari awal betapa suaminya itu berubah sikap kepada bengis dan mengongkong.

“Selepas saya disahkan mengandung, dia (Humphreys) gembira, namun selepas itu dia berubah sikap. Dia mula mengongkong saya dengan tidak membenarkan bertemu rakan dan keluarga, malah mengawal kewangan saya.

“Dia juga sering mengherdik saya serta memarahi dua lagi anak kami,” katanya.

Menurutnya, selepas Rose lahir, sikap suaminya semakin ‘menjadi-jadi’ apabila memarahi bayinya terutama ketika bayi itu menangis.

Katanya, dua minggu selepas Rose lahir, dia menemui kesan bengkak di belakang telinga bayi itu, namun suaminya memberi alasan Rose jatuh dari katil.

“Beberapa hari selepas itu, suami saya memukul bawah mulut Rose selepas dia menangis. Kali terakhir saya menemui kesan pukul di belakang badan Rose sebelum menidurkannya.

“Keesokan paginya , dia tidak bernafas dan saya menyangka kematiannya disebabkan kematian mengejut dan bukannya akibat didera suami.

“Bagaimanapun, enam minggu kemudian, Rose didapati menjadi mangsa dera kerana ada banyak kecederaan dalaman sebelum suami ditahan,” katanya.

Mooney berkata, dia menyesal tidak bertindak awal menyelamatkan bayinya daripada perbuatan kejam suaminya. - Mymetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments