Wednesday, 22 February 2017

‘Abang syaitan’: Pateri Dubur Adik Sendiri Kemudian Liwat, Bunuh


SEORANG abang tergamak bunuh adik kandungnya sendiri berusia 17 tahun gara-gara wanita itu enggan melakukan seks luar tabii dengannya dalam kejadian Khamis lalu, di Kediri, Jawa Timur, Indonesia.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Ririn, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai lemas akibat mukanya ditekup dengan bantal, ketika bergelut dengan suspek, Sentot yuniarto, yang berusia 30-an.

Ketua polis Kediri, Besar Wibowo menyatakan suspek kini sudah ditahan reman dan mengakui perbuatan terkutuk itu dilakukan selepas mempelawa mangsa untuk datang ke tempat kerjanya di daerah Kecamatan Pesantren, kira-kira 30 meter dari rumah mereka.

Difahamkan, suspek selepas membogelkan mangsa, bertindak memukulnya beberapa kali sehingga membuatkan wanita itu lemah dan kemudian bertindak menyapu minyak balm pada bahagian dubur mangsa menggunakan pembuka skru.

‘Abang syaitan’ itu malah menyeksa mangsa secara kejam dengan memateri dubur adiknya itu menggunakan cecair timah, membuatkan mangsa menjerit kesakitan.

Lelaki itu kemudian mengetuk kepala mangsa menggunakan penukul sebelum dihempaskan ke lantai sebanyak empat kali. Mangsa yang semakin lemah kemudian diliwat sambil mukanya ditekup dengan bantal.

“Saya ingin dia dihukum mati,” kata ayah kepada kedua beradik berkenaan, Adi Triwahono yang memetik Tribunnews.

Menurut Adi, hubungan mangsa dan suspek ketika berada di rumah sebelum ini adalah baik dan tidak pernah mencurigai apa-apa sehinggalah peristiwa hitam itu berlaku.

Bagaimanapun menurut maklumat polis, kejadian seks luar tabii itu merupakan kejadian kali kedua, di mana suspek pada Mei tahun lalu dilaporkan pernah meliwat mangsa di lokasi yang sama.

Sementara itu dalam laporan bedah siasat mangsa, polis turut menemui kesan luka di bahagian dubur mangsa yang terbakar akibat kesan timah sedalam 5cm bersama campuran minyak krim balm. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments