Friday, 18 August 2017

'Rumah Tangga Goyah Sebab Orang Luar Masuk Campur'


KETEGANGAN dalam rumah tangganya bersama-sama isteri adalah disebabkan campur tangan pihak luar, dakwa penyanyi Hafiz Hamidun.

Kata Hafiz lagi, ada pihak yang memanipulasi keadaan sehingga membuatkan rumah tangganya bersama pengasas kosmetik, Joy Revfa, semakin tegang.

Tegas Hafiz, dia tidak pernah menyindir sesiapa menerusi laman sosialnya, namun mendakwa kekusutan itu tercetus akibat terlalu emosi dan hasutan orang luar.

“Saya belum buat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini, namun ia dimanipulasi pihak tertentu sehingga menjadikan perkara ini makin rumit.

“Saya sebenarnya tidak rancang untuk buat sebarang sidang media sekiranya tidak perlu. Ini kerana kisah rumah tangga adalah hal peribadi dan tidak harus diceritakan.

“Mengulas mengenai hal agama, saya akui masih banyak perlu dipelajari. Namun, apabila didorong dengan hasad dengki, pelbagai perkara boleh berlaku,” kata Hafiz, dipetik BH Online.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua itu berharap kemelut rumah tangganya tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan baik.

Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu setelah 3 bulan berkenalan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments