PANAS! Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Adnan Abu kini mengesahkan bahawa dia sememangnya sedang rapat dengan seorang pelakon wanita yang dirujuk nama sebagai N.
Haaa? Siapa tu? Hamboi… bukan main lagi yaaa…
Terdahulu, suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi pernah dikatakan bercadang untuk menambah ‘cawangan’dan rupanya khabar itu adalah benar dan Datuk Red sendiri telah mengakuinya.
Fuhhh… mungkin tidak ‘puas’ dengan dua orang isteri agaknya. Tu cari satu lagi…
Hubungan antara Adnan dan pelakon tersebut dikatakan mula terjalin sejak beberapa bulan yang lalu.
Bagaimanapun beliau berkata hubungan itu telah pun berakhir setelah berjaya dihidu oleh Adira apabila diberitahu oleh pelakon itu sendiri.
“Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia,” kata Adnan.
Tambahnya lagi, pelakon tersebut pada mulanya berjanji untuk bersama merahsiakan hubungan itu tetapi tidak menyangka bahawa dia sendiri yang menceritakan semuanya kepada Adira.
“Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagitahu Adira. Memang kena marah lah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti,” ujarnya lagi dipetik mStar Online.
Berikut adalah ulasan Adnan berikutan khabar angin yang selama ini menjadi tanda tanya.
Haaa… agak-agak siapakah gerangan pelakon bernama N tu ye? Hmmm…
Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Anggerik pada 10 Mac lepas. – MYNEWSHUB/AmyMaizura
No comments:
Write comments