Thursday, 17 August 2017

Panas! Nafi Masalah Batin, Hafiz Sindir Isteri Acah Suci


PERGOLAKAN rumah tangga kedua pasangan ini masih belum jumpa jalan penyelesaian nampaknya.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila Hafiz Hamidun yang sebelum ini hanya berdiam diri dengan status-status yang dibuat oleh isterinya, Joy Revfa kini tampil memberikan responnya.

Baru-baru ini, Joy telah memuat naik satu status yang agak panjang di akaun Facebook di mana menceritakan serba sedikit apa yang dialami oleh pasangan ini.

Dalam kenyataan tersebut Joy ada menyebut beberapa perkara penting yang dijadikan topik utama:


Namun, mengapa perkara sebegini sehabis mungkin ingin dikongsi pada umum? Bukankah sekiranya lebih baik jika dibincang secara matang?

Status yang dimuat naik oleh Joy, secara tidak langsung telah menyebabkan netizen membuat spekulasi punca keretakan rumah tangga adalah berpunca dari Hafiz yang dikatakan mempunyai masalah batin.

Berikutan perasaan ingin tahu, seorang netizen terus bertanya secara direct kepada Hafiz sendiri tentang perkara itu.



Walau bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Hafiz dan mengakui bahawa dia sempurna dari segi zahir mahupun batin.

Tambahnya lagi, dia akan mengeluarkan kenyataan bila tiba masanya nanti.


Selain itu, salah satu komen Hafiz dilihat seolah-olah dia memerli Joy dengan mengatakan pada hakikatnya, wanita itu mengetahui perkara sebenar pergolakan mahligai mereka itu.


Jika dilihat pada penerangan Hafiz, ternyata dia sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah batin seperti mana yang diperkatakan.

Oleh itu, netizen diminta berhenti membuat spekulasi sehingga boleh mengeruhkan lagi hubungan pasangan suami isteri ini.

Lebih baik kita sama-sama berdoa agar mahligai pasangan ini dapat diselamatkan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments