KANTOI menyamun, seorang gadis teruk dibelasah penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang sehingga video insiden itu menjadi tular di laman sosial.
Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan remaja itu dipukul sekumpulan penduduk yang dipercayai berang dengan kelakuan mencurigakannya mengintip rumah seorang warga emas di kampung terbabit.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam, lapor Astro Awani.
Kronologi kes bermula apabila remaja itu dipercayai telah menunggu dan mengintip rumah warga emas itu pada lewat malam bagi memastikan rumah itu tiada penghuni dengan niat untuk menyamun.
Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, suspek dipercayai telah memukul mangsa (wanita warga emas) yang berada dalam bilik sekali gus mencetuskan pergelutan di antara mereka sebelum suspek mengambil peluang untuk melarikan diri.
Tindakan suspek yang bersembunyi di bawah katil dalam sebuah bilik di rumah berkenaan memakan dirinya sendiri apabila anak dan jiran mangsa berjaya menemuinya selepas itu.
Apa-apa pun buat penduduk kampung lebih baik serahkan sahaja suspek kepada pihak polis, jangan ikutkan hati nak belasah. Negara kita ada undang-undangnya, ingat tu! – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments