MEMPERTARUHKAN single terbaharu ciptaan suami, Akim Ahmad, penyanyi popular Stacy menujukan sebuah lagu khas buat keyboard warrior atau pejuang papan kekunci.
Lagu berjudul Cakap Ke Tangan itu menurut Stacy, merupakan simbolik kepada kekuatan dan kecekalannya menghadapi kritikan daripada segelintir haters yang tidak sudah-sudah merendahkannya di media sosial.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sabah itu berharap dapat mengubati rindu peminatnya dengan mengeluarkan single dan klip video lagu itu dalam masa terdekat ini.
Teruja dengan lagu baharunya, Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikah Stacy Anam memberitahu, Cakap Ke Tangan mencabar dirinya untuk kembali beraksi.
“Lagu ini ibarat inisiatif buat saya mencabar diri untuk menyanyi dan menari selepas berehat panjang.
“Tidak mahu semput di pentas, saya mula bersenam dan mengamalkan diet,”katanya kepada BH Online.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Pasangan ini dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia enam bulan bernama Eshaal. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments