Friday, 18 August 2017

Fesyen ‘Seksa’ Sajat Teruk Dihentam Netizen


SIAPA tidak kenal dengan pemilik Nur Sajat Beautician (Beauty and SPA), Nur sajat yang pernah tular apabila berhijab selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Terkini, hidup usahawan ini terus dilanda kontroversi apabila baru-baru ini pakaian yang digaya dalam satu majlis teruk dihentam pula oleh ramai netizen tempatan.

Ia berlaku ketika satu acara festival fesyen, Kuala Lumpur Fasion Week (KLFW2017) sedang berlangsung meriah di Pavilion, Kuala Lumpur pada ketika ini.

Menjadi adat, memang ramai model, artis popular, dan insta famous yang sama turun padang ke event besar seperti ini.

Sajat merupakan salah seorang tetamu yang turut datang ke majlis pertunjukan fesyen ini.

A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

Sajat yang mengenakan busana dipenuhi dengan lace bunga berwarna hitam dilihat naik ke pentas dengan membuat kemunculan khas di mana dia memberi bunga dalam satu slot, semalam.

Seperti biasa, usahawan kosmetik ini akan berkongsi beberapa gambar terkini menerusi laman akaun Instagram miliknya.

Tapi sayang, ternyata gambar tersebut mendapat hentaman yang teruk oleh ramai di mana rata-rata antara mereka kutuk cara pemakaian Sajat.



Netizen beranggapan pemakaian Sajat ketika majlis itu adalah sangat keterlaluan dan tidak sesuai bagi dirinya sendiri yang merupakan status beragama Islam.

Hmmm… Tak habis nampaknya dia ni dengan kontroversi kan. Haih… Macam-macam. -MYNEWSHUB/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments