INGAT lagi cerita Joe Aziz yang sering dikerumuni gara-gara mukanya mirip dengan Faizal Tahir? Sekarang giliran Faizal Tahir pula bersuara mengenai isu itu.
Penyanyi lagu Assalamualaikum ini menyatakan harapannya agar Joe Aziz yang mempunyai wajah seakan-akan dirinya itu tidak menggunakan kelebihan tersebut denga cara yang salah.
Joe turut dipuji Faizal kerana sejak berada dalam industri ini dia sentiasa membawa nama Faizal dengan baik walaupun bukan di atas permintaan penyanyi itu sendiri.
“Ada orang beritahu yang ada seorang pelawak ini mempunyai wajah yang seakan-akan saya. Tapi saya tidak ada masalah jika ada yang mengenali atau melihat dia sebagai saya.
“Cuma saya harap dia tidak menggunakan kelebihan itu dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan nama saya.
“Buat masa ini tak dengar lagi benda yang buruk tentang saya, jadi maknanya dia membawa imej dan wajah saya dengan baik,” katanya memetik laporan mStar Online.
Betullah tu, kalau nak diikutkan kita tak dengar lagi apa-apa yang Joe buat yang boleh memburukkan nama Faizal Tahir buat masa ini.
Pencetus FAITHMEN ini juga sedang giat dengan gerakan amalnya, FAITHMEN Movement selain turut sibuk mempromosikan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Program yang memberi peluang pekerjaan kepada belia yang masih belum mempunyai pekerjaan menerusi temu duga terbuka yang dianjurkan hampir di setiap negeri.
Duta SL1M turut menyeru para belia untuk menyertai temu duga terbuka yang bakal diadakan di Melaka pada 26 dan 27 Ogos ini di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh.
“Program temu duga terbuka ini adalah peluang untuk golongan belia yang masih belum mempunyai pekerjaan.
“Malah ia salah satu inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk menolong anak-anak muda yang masih mencari-cari syarikat yang bersesuaian dengan kemahiran mereka,” ujarnya lagi.
Selain dari sesi temu duga terbuka, persembahan daripada artis yang terlibat seperti kumpulan Zero, SonaOne, Joe Flizzow dan Syamel turut menjadi tarikan program ini. Khabarnya, ada juga sesi perkongsian pengalaman dan motivasi kepada belia-belia di luar sana.
Jadi, diharapkan belia-belia di luar sana dapat meluangkan masa dan hadir ke program ini bersama semangat yang tinggi untuk berjaya. Good luck! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
No comments:
Write comments