Friday 3 February 2017

Kenapa Korea Selatan Yang Pernah Miskin Dari Malaysia, Kini Lebih Maju?

SALAM TAHUN 2017 DARI KOTA SEOUL, KOREA : KENAPA LAH MALAYSIA TAK MAJU-MAJU


Tahun 1957, Korea Selatan adalah negara kelima termiskin di dunia. Sepuluh kali lebih miskin dari Malaysia. Hari ini, Korea Selatan adalah Ekonomi KESEPULUH terbesar dunia.

Orang Korea bezanya bukan mata, kulit dan fesyen rambut tetapi jati diri dan karakter ekonomi mereka. Mereka gila teknologi, gila internet, gila mencipta, gila fesyen, gila kosmetik, gila ginseng dan gila plastik surgery.

Selepas 60 tahun. Lihat apa yg berlaku Malaysia dan Korea hari ini.

Ekonomi Per Kapita Korea Selatan – USD 33,000
Ekonomi Per Kapita Malaysia – USD 11,000

Maknanya ekonomi kita SEMBAB 200% berbanding Korea.

Hari ini ekonomi Korea taklah besar sangat. Cuma 3 kali ganda ekonomi kita jer.

Saya ingat tahun 1997. Korea pinjam berbillion dari IMF. Sedangkan Malaysia hebat. Kita tidak pinjam satu sen pun dari IMF.

Lihat apa berlaku hari ini.

1997 1 RM = 400 Won
2016 1 RM = 269 Won

Maknanya duit kita SEMBAB 33% sejak tahun 1997 berbanding duit Korea. Hebat.

Korea ada lima puluh brand dunia. Korea ada Samsung, LG, Kia, Hyundai, Park Ji Sung, K-Pop, Running Man dan Gangnam.

Tengok Hyundai & Kia. Terjual 1 juta unit di Amerika dan 5 juta di seluruh dunia. Maaf, saya tak nampak sebijik pun Proton di Korea.

Yang saya tahu Proton masih mencari tapak di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat Malaysia kadang-kadang pun tak percaya Proton.

Korea tak ada minyak, tak ada getah, tak ada kelapa sawit, tak ada balak, tak ada emas, tak ada BRIM dan tak ada UMNO.

Tapi Korea ada komputer laju dan internet. Internet Korea terpantas di dunia (30 MB/s) dan internet Malaysia antara sepuluh perlahan di dunia (4 MB/s).

Korea ada banyak gempa bumi dan paling teruk terpaksa berperang dgn kuasa nuklear, Korea Utara yang sadis & brutal.

Korea tak buat bangunan hebat, tak buat istana berbillion, tak buat projek mega dan tak buat highway tol mahal-mahal.

Tapi mereka buat jalan raya kos murah yg berkualiti, kilang elektrik yang tak pernah ‘black out’ dan empangan yang sentiasa ada air.

Mereka bina universiti kelas atasan, cipta teknologi bertaraf dunia, dan mereka bagi belanjawan sukan hiburan yang tinggi utk rakyat mereka.

Itu pasal Malaysia gila betul artis Korea walhal Korea tak kisah pun artis Malaysia.

Bangsa maju ialah bangsa yang menakluki ilmu, bekerja keras, kuat melabur dan gila. Gila segala benda.

Ok dah cukup…. Bangun Malaysia Bangun. Selamat Tahun Baru 2017

Sumber asal : Datuk Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments