PANAJI - INDIA. Selepas 150 tahun, gunung berapi di Kepulauan Andaman dan Nicobar Islands kembali memuntahkan asap dan lava.
Memetik laporan Times of India, gunung berapi tersebut meletus antara lima hingga 10 minit sahaja.
Menurut saintis dari Institut Oseanografi Goa (NIO), gunung berapi yang meletus dapat dilihat jelas pada sebelah malam di mana lava panas mula mengalir ke bawah cerun.
Semalam, ketua operasi yang diketuai Abhay Musholkar telah mengambil sampel untuk kajian seterusnya.
Ukuran lembangan telah dilakukan dan mengenal pasti beberapa gunung berapi kecil tenggelam dalam rantaian linear dipanggil arka gunung berapi.
Pulau gunung berapi tidak berpenghuni dan tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan.
Orang ramai boleh melawat pulau tersebut dengan menyewa bot sewa khas selepas mendapat kebenaran daripada jabatan hutan di Port Blair. - Sinar Harian
No comments:
Write comments