Telefon pintar dan tablet sudah dibuktikan mempunyai impak negatif pada badan manusia. Radiasi elektromagnetik yang dikeluarkan dipercayai mempunyai kesan pada otak anda seperti makanan di dalam ketuhar.
Telefon anda tidak akan membakar otak anda dalam masa 2 minit tetapi 2 telefon pintar mampu memasak telur dalam masa 45 minit.
Maka, kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang kurang meningkatkan lagi risiko untuk otak mereka masak dengan lebih cepat.
Sebab #1: Telefon pintar atau tablet mampu mengubah hubungan kekeluargaan
Pada umur 0 hingga 2 tahun, otak bayi sedang berkembang tiga kali ganda. Suara dan gelak tawa ibu bapa yang membantu tumbesaran otak mereka dan membentuk ikatan emosi.
Namun, menurut pakar pediatrik Denise Daniels, “Apabila kanak-kanak terlalu terdedah kepada skrin, laluan saraf mereka berubah. Ini akan memberi kesan terhadap tahap konsentrasi dan hubungan personal mereka.”
Sebab #2: Ketagihan
Dr. Gary Small dari UCLA Longevity Center di Semel Institute for Neuroscience & Human Behavior mengatakan bahawa, “Antara perkara hebat mengenai teknologi ialah ia sentiasa mempunyai perkara baru yang anda boleh lakukan. Jadi, ia menyebabkan anda sukar untuk berhenti menggunakannya.”
Impak yang sama juga terjadi ke atas kanak-kanak yang dengan mudahnya menyentuh butang buka kunci. Ini menjadikan mereka tidak mengenali erti bersederhana, pengawalan impulsif atau cara untuk mencabar diri mereka sendiri. Perkara-perkara tersebut merupakan ciri-ciri ketagihan.
Sebab #3: Mencetus pemberontakan
Orang yang ketagih pasti akan memberontak apabila apa yang mereka gemari ditarik. Tidak kiralah pada usia berapa pun.
Memberi anak anda telefon pintar atau tablet untuk meredakan tangisan mereka bukanlah pilihan yang bijak.
“Jikalau alat peranti ini merupakan cara untuk mengalih perhatian anak-anak anda, mampukah mereka membentuk mekanisma pengawalan-sendiri dalam diri mereka?” tanya Dr. Jenny Radesky.
Sebab #4: Menganggu masa tidur
Cahaya yang dikeluarkan dari skrin telefon merangsang hormon melatonin dan menukar kitaran tidur anda kepada jaga.
“Penggunaan telefon sebelum tidur memberi kesan yang negatif pada rentak tidur mereka,” kata Anne-Marie Chang, pakar neuron.
Menurut Kolej Boston, 60 peratus ibu bapa tidak menyelia penggunaan anak-anak mereka dan 75 peratus ibu bapa membenarkan penggunaan teknologi di dalam bilik.
Disebabkan itu, 75 peratus pelajar berusia 9 dan 10 tahun itu tidak mendapat tidur yang cukup membuatkan prestasi mereka menurun.
Sebab #5: Menganggu kebolehanan belajar mereka
Menurut penyelidik, telefon pintar berbahaya kepada anak-anak kerana ia menganggu perhatian mereka.
“Alat peranti juga mampu menggantikan aktiviti-aktiviti menggunakan tangan yang pnting untuk perkembangan deria motor dan penglihatan mereka. Deria ini penting utnuk pembelajaran Sains dan Matematik,” tambah Jenny Radesky, MD, tenaga pengajar Perkembangan Tingkah Laku Kanak-kanak di Universiti Boston.
Video dan permainan dalam talian juga membantutkan kreativiti dan imaginasi anak-anak dan melembabkan perkembangan motor dan deria optik.
Sebab #6: Menyebabkan mereka tidak menyesali perbuatan mereka
Ia adalah satu perkara yang mudah untuk memperkata sesuatu yang buruk di belakang orang namun ia memerlukan kekuatan untuk memperkatakan apabila berhadapan.
Kita boleh lihat ekspresi wajah orang yang kita lukai, merasai kepedihan mereka dan membuatkan kita merasa menyesal dengan perbuatan sendiri.
Namun, apabila anda memperkatakan secara dalam talian, semuanya dapat diluahkan tanpa tapisan. Hal ini kerana, mereka tidak melihat sendiri perubahan nada suara, riak wajah, gerak badan dan hormon pheromones yang dibebaskan sewaktu bersemuka.
“Semua itu adalah perkara asas untuk membina hubungan antara manusia dan mereka kehilangannya disebabkan oleh teknologi semasa,” kata Jim Taylor, ahli psikologi.
“Kanak-kanak yang menghabiskan masa berkomunikasi melalui teknologi gagal untuk membentuk asas komunikasi yang telah lama manusia gunakan. Komunikasi bukan sekadar menggunakan perkataan sahaja.”
Sebab #7: Meningkatkan kebarangkalian untuk penyakit mental
Emosi mudah untuk diabaikan ketika berhubung di alam maya melahirkan ramai pembuli siber. Terdapat juga gambar-gambar dan forum dalam talian yang menyebabkan anak-anak merasa tidak selesa dengan tubuh badan mereka.
Mengikut pakar, terlalu banyak pendedahan kepada peranti elektronik ini merupakan faktor kepada peningkatan tekanan, kegelisahan, kurang perhatian, masalah kebergantungan, penyakit jiwa dan tingkah laku anak-anak.
Sebab #8: Membawa kepada obesiti
Kebiasaannya, kita tidak bergerak semasa menggunakan telefon pintar atau tablet. Kurang aktiviti fizikal meningkatkan kebarangkalian dalam pertambahan berat badan.
Menurut kajian, 30 peratus kanak-kanak yang dibenarkan penggunaan telefon pintar di dalam bilik telah mengalami kenaikan berat badan.
Obesiti bukanlah masalah utama kerana ianya turut meningkatkan kebarangkalian untuk menghidap penyakit kencing manis, strok dan sakit jantung.
Sebab #9: Menjadikan mereka lebih agresif
Penggunaan telefon pintar yang berlebihan tidak membentuk perasaan empati dalam diri anak-anak sebaliknya mereka lebih selesa bersikap kejam dan terlibat dengan isu pembuli siber.
Malah, video permainan dalam talian juga membentuk peribadi anak-anak untuk menjadi ganas.
Keterbiasaan kanak-kanak untuk menguruskan sesuatu dengan cara agresif menjadikannya satu tabiat ketika berhubung dengan orang dan menyelesaikan masalah.
Sebab #10: Kegelisahan ketika bersosial
Mempelajari kebolehan bersosial merupakan perkara penting bagi membentuk kejayaan anak-anak. Jikalau mereka berasa gugup ketika berhadapan dengan orang ramai, ia akan menghalang anak-anak untuk menunjukkan kebolehan sebenar mereka.
“Teknologi sepatutnya menjadikan komunikasi itu mudah jikalau betul penggunaannya,” kata Dr. Kate Roberts yang merupakan pakar psikologi di Universiti Boston.
Walaupun kanak-kanak akan membantah, ia adalah satu perkara yang baik untuk mencabar mereka. Paksa mereka untuk bersosial dengan keluarga dan kanak-kanak lain sebaya mereka dan biarkan mereka belajar mengenali riak wajah, gerak badan, empati dan selesa apabila berada di hadapan orang ramai.
“Kanak-kanak memerlukan masa untuk bersemuka,” kata Denise Daniels. “Jikalau anda meringkaskan emosi anda dengan teknologi, anda hidup dalam dunia yang ringkas.” - Era Baru
No comments:
Write comments