Guru yang hebat mampu mencipta keajaiban dengan pelajarnya. Semasa zaman persekolahan, kita pasti ada seorang guru yang menjadi pemangkin yang mendorong kita untuk buat yang terbaik. Guru sebeginilah yang menjadikan zaman persekolahan kita begitu istimewa.
Chandni Langford merupakan seorang guru gred 5 di New Jersey’s Woodbury School System mempunyai caranya tersendiri untuk memotivasikan pelajarnya dan menjadi inspirasi di seluruh dunia.
Guru yang hebat melakukan perkara-perkara yang hebat!
Sesi pembelajaran di Woodbury School semakin berakhir dan para pelajar sudah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan seragam.
Apa yang mendebarkan adalah ujian di Woodbury School ini berbeza dibandingkan dengan format peperiksaan di US dan New Jersey. Ia dikenali sebagai PARCC.
Melihatkan keadaan pelajarnya yang tertekan untuk menghadapi peperiksaan, Puan Langford telah melakukan sesuatu yang kreatif dan sangat mengharukan untuk memberi semangat kepada mereka.
Tindakannya bukan sahaja menjadi bualan pelajar kelasnya malah menjadi sebutan orang ramai apabila disiarkan di Facebook.
Boleh anda bayangkan apa yang beliau lakukan! Sebelum para pelajarnya menduduki ujian, beliau menulis kata-kata semangat di atas meja setiap pelajarnya.
Disebabkan peraturan PARCC yang menetapkan supaya sebarang tulisan di atas meja perlulah ditutup atau dihilangkan sebelum ujian bermula, beliau memilih untuk menggunakan pen marker yang boleh dipadam untuk menitipkan mesej-mesej yang memotivasikan pelajarnya dan senang untuk dipadam sebelum ujian dimulakan.
Setiap pelajar mempunyai kata-kata yang berbeza yang berkaitan dengan prestasi para pelajarnya lantas memudahkan mereka untuk lebih terinspirasi.
Ini menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza dan memerlukan perhatian yang istimewa dan khusus.
Setiap mesej ditanda dengan perkataan “Your Teachers”. Ini membuatkan para pelajar merasakan yang semua orang menyokongnya dan mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Bukan itu sahaja, beliau turut meninggalkan dua biji kuih lubang donat sebagai hadiah untuk mereka. Terdapat juga nota yang diselitkan yang berbunyi, “Jangan (Donut) berasa tertekan. Ambil masa dan lakukan sehabis baik.”
Tindakan mengharukan Puan Lanford ini mendapat penghargaan dari pihak sekolahnya dan gambar-gambar tersebut disiarkan di Facebook. Gambar itu semakin tular dan mendapat pujian dari seluruh dunia.
Pihak sekolah menyiarkan kiriman tersebut dengan mesej pada gambar,
“Untuk memberi semangat kepada pelajar gred 5, Puan Langford menyediakan kata-kata motivasi kepada setiap pelajarnya di Evergreen Avenue. Setiap nota ditulis menggunakan pen marker yang boleh dipadam di meja mereka supaya boleh dihilangkan sebelum PARCC bermula.
Kongsikan cerita ini bersama yang tersayang dan jadikan ianya sebagai inspirasi untuk turut melakukan perkara yang sama. - Era Baru
No comments:
Write comments