Tuesday 5 December 2017

Wanita Hampir Lumpuh Kerana Trauma Selepas Dirogol


WANITA Britain ini, Mandi Benson, 36, pernah dirogol semasa remaja. Kesan rogol itu telah dilaluinya sehingga kini.

Dia kini hampir lumpuh disebabkan oleh trauma serangan berkenaan dikenali sebagai Functional Neurological Disorder (FND). Penyakit itu berlaku akibat kegagalan otak disebabkan oleh trauma yang melampau.

Mandi yang berasal dari Greater Manchester, mula mengalami kabur mata dan hilang keseimbangan badan. Pada mulanya dia menyangka terkena Parkinson.

Namun doktor memaklumkan dia mengalami FND, yang disebabkan oleh trauma. Akhirnya Mandi mengingati saat dia dirogol pada 1995. Sejak itu dia terus dihantui dengan kejadian berkenaan.

Mandi kini mula belajar berjalan semula selepas menjalani terapi intensif.

“Saya dirogol ketika berusa 14 tahun dan saya tidak memberitahunya kepada sesiapa pun sehingga saya berusia 31 tahun. Saya simpan ia selama bertahun tahun dan tidak pernah bercakap mengenai perasaan saya.

“Ia sangat sukar. Saya menyembunyikannya hinggalah saya kena FND ini,’’ katanya.

Ketika kejadian, dia sedang duduk di tepi dinding bersama beberapa rakannya apabila sekumpulan remaja menghampiri mereka dan mula bercakap dengan mereka.

Mandi kemudiannya beredar namun salah seorang daripada remaja itu cuba menggodanya dan merogolnya.

“Saya sangat malu dan tidak beritahu sesiapa pun. Saya salahkan diri sendiri kerana saya patut membuat laporan polis,’’ kata ibu kepada dua anak itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments