Sunday 3 December 2017

Video: ‘Kes Pukul Perempuan, Tolong Viralkan’


SEORANG jurujual wanita cedera dan mengalami pendarahan di hidung akibat diserang jurujual lelaki yang tidak berpuas hati disindir oleh mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang pukul 11.12 pagi Ahad, di sebuah pusat beli belah di Karamunsing, Sabah, mangsa dipukul dan kepalanya dihentak dengan lutut kaki lelaki berkenaan.

Menurut sumber yang memuat gambar suspek dan video kejadian itu, pihaknya sedang mencari lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang mengetahui di mana lelaki itu berada, untuk tampil memberikan maklumat.


“Kes pukul perempuan. Tolong viralkan. Laporan polis sudah dibuat. Kami sedang mencari orang ini,” tulis sumber menerusi kapsyen pada video berkenaan.

Berdasarkan kepada rakaman video itu, suspek terdahulu datang dan bertikam lidah dengan mangsa sebelum bertindak memukul kepala wanita terbabit.

Mangsa yang terkejut, secara spontan kemudian terus menolak dan memukul lelaki itu sebagai tindakan mempertahankan dirinya.

Malangnya, tindakan mangsa itu membuatkan suspek berang lalu memukul mukanya sebelum menghentak kepala mangsa dengan lutut, menyebabkan pendarahan di bahagian hidung.

Suspek kemudian dilihat meninggalkan mangsa dan terus menghilangkan diri. Menurut rakan mangsa, suspek yang memulakan dahulu pergaduhan itu


“Dia kerap memburuk-burukkan jenama kami. Selepas itu kawan saya sindir dia. Selama ini mereka selalu memburuk-burukkan jenama kami tapi kami tak pernah pula pukul mereka.

“Ini sudah jelas mereka yang bersalah sampai sanggup pukul orang. Kalau jenama mereka memang bagus, tak perlu nak burukkan jenama orang lain.

“Sama-sama ada salah. Dia tidak akan kena sindir kalau dia tak burukkan jenama orang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments