Saturday 30 December 2017

Pensyarah Minta Netizan Boikot Produk Safiey Illias


NAMA Safiey Illias dahulunya pernah menggemparkan negara apabila tekad menjadi lelaki sejati selepas bebrapa tahun hidup sebagai mak nyah.

Kisahnya itu juga tular dan berjaya mencuri perhatian netizen. Namun, kesungguhannya itu seakan-akan ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila Safiey dilihat kembali menjadi ‘wanita’ semula.

Ekoran isu itu, seorang penulis, pakar motivasi dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan satu kenyataan menyeru netizen supaya memboikot produk Perlaking dan Perlashine keluaran Safiey Illias atau nama sebenarnya Saifuddin Illias.


“Saya menyeru kita boikot produk-produk keluaran orang sebegini. Janganlahsupport. Makin support makin naik minyak geng-geng ini.

“Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Jangan beli produk mereka.

“Makin kaya mereka makin terpesong. Jom kita boikot mereka supaya bila miskin, mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT,” tulisnya di laman Facebook.


Dr. Syahr juga menegaskan kita sebagai manusia tidak boleh mengubah ciptaan Allah dan menyifatkan tindakan pengasas kosmetik itu ibarat perempuan jadian lelaki atau serigala jadian manusia.

Sementara itu, pensyarah ini turut menyelar tindakan seorang lelaki yang dipercayai ‘teman lelaki’ yang secara umum memaparkan sedang ‘bercinta’ dengan Safiey.


“Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak dekat dia pula?” soalnya.

Tambahnya, masyarakat sekarang perlukan penjelasan tentang fitrah manusia yang bernama lelaki dan perempuan supaya generasi akan datang tidak keliru.

“Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

“Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki,” tegasnya.

Entri tersebut dilihat mendapat sokongan daripada netizen dan mengharapkan Safiey kembali kepada fitrah dan menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki sejati. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
1 comment:
Write comments
  1. HERE IS MY TESTIMONY ON HOW I GOT A RICH SUGAR MUMMY CONNECTION.... We offer Sugar Mummy all over Malaysia. These ladies they are divorced and single ladies there is no risk involve we have per-time services and longterms hookup terms hookup. Applicant can make above RM40,000 Per month. Sugar Mummy have change the life of many young boys and girls in Malaysia Mummy pay you RM4,000 each time you meet her our hookup venture in 100% legal risk free. we are one true legitimate agency in Malaysia for urgent hookup CONTACT SERVICES CENTER (whatsaapp +601160954351) For more INFO...

    ReplyDelete