Wednesday 13 December 2017

Seks Dengan Mayat Kekasih Untuk Sedarkan Mangsa


SEORANG lelaki dihukum penjara selepas mengaku salah melakukan seks dengan kekasihnya yang telah meninggal dunia, kerana dia menyangka perbuatan itu akan menyedarkan wanita berkenaan.

Aaron Graser, dari Connecticut, didakwa melakukan serangan seksual ke atas mayat dan dihukum penjara setahun.

Januari lalu, polis menerima panggilan mengenai seorang wanita yang tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja mereka tiba di rumah Aaron, mereka menemui wanita itu, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Terdapat juga jarum yang digunakan untuk menyuntik dadah. Mereka cuba menyelamatkannya namun gagal.

Sementara Aaron pula memberitahu dia cuba untuk mengejutkan kekasihnya itu dan memutuskan cara terbaik adalah dengan membuatkan wanita itu berahi lalu melakukan seks.

“Dia menyangka dengan lakukan seks wanita itu bangun kerana kekasihnya itu benci melakukan seks dengannya,’’ kata saksi yang juga paramedik yang dipanggil untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Aaron juga katanya, telah mengikat kaki wanita itu ke katil ketika melakukan seks. Hanya selepas melakukan seks dan wanita itu tidak bangun, barulah Aaron menghubungi paramedik.

Wanita itu disahkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments