Wednesday 6 December 2017

Bapa ‘Binatang’ Tampar, Pijak Anaknya Di Kaki Lima


TRAGIK… Satu rakaman video memaparkan seorang bapa bertindak kejam terhadap anak perempuannya kemudian menjadi tular menerusi laman YouTube sejak Isnin lalu.

Menerusi video berkenaan menyaksikan lelaki terbabit bukan sahaja sanggup menampar, malah memijak serta hentak anaknya ke kaki lima jalan dalam satu kejadian di sebuah stesen bas di Utara China, Sabtu lepas.

Pada mulanya, suspek berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Zhang itu dilihat sedang menyalakan rokok.

Tidak lama selepas itu, suspek bertindak menampar budak malang itu sebanyak beberapa kali sebelum menolaknya ke atas kaki lima jalan dan memijak belakang badan mangsa tanpa belas kasihan.

Nasib malang kanak-kanak tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila Zhang kemudiannya menarik mangsa bangun lalu menghentaknya pula.

Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan suspek telah berjaya ditahan polis dan kanak-kanak berkenaan yang dianggarkan berusia dua tahun itu telah diserahkan kepada neneknya.

Hasil pemeriksaan pihak hospital kemudian mendapati kanak-kanak malang itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC/AM

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments