Friday 8 December 2017

Konon Mahu ‘Jimat’, Ibu Sanggup Bahayakan Anak


AKIBAT konon mahu ‘berjimat’, seorang ibu sanggup membahayakan keselamatan bayinya dengan hanya menggunakan raga sebagai ganti kepada baby car seat!

Ia terbongkar secara tidak sengaja apabila seorang ibu yang tidak didedahkan identitinya itu telah berkongsi tips untuk jimat cermat menerusi akaun grup dalam Facebook.

Menurut perkongsian wanita tersebut, dia mempraktikkan petua mudah itu untuk menjimatkan wang daripada terpaksa membeli car seat yang memang mahal harganya.

Anaknya baru sahaja berusia dua bulan dan cara wanita tersebut ‘berjimat’ telah menaikkan kemarahan netizen kerana menganggap caranya seperti tidak sayangkan anak!


Mana ada orang yang boleh beli kereta mahal-mahal tapi nak beli car seat pun tak boleh? Rasanya ada saja car seat yang harganya bawah RM150. Cuma kena pandai mencari produk mana yang elok dan berbaloi.

Tambah wanita itu lagi, dia hanya menggunakan raga tersebut dan meletakkannya di tempat duduk hadapan serta memasangkan tali pinggang keledar bagi menghalang daripada meluncur ke hadapan jika berhenti mengejut.

Namun, wanita terbabit sendiri mengakui tidak mengenakan tali pinggang keselamatan di raga tersebut kerana saiznya muat-muat diletakkan antara kedudukan kerusi penumpang hadapan dengan dashboard kereta sekali gus dapat halang daripada bergerak.

Alasannya memilih raga sebagai ganti car seat juga kerana menganggap ia sebagai membazir kerana hanya digunakan sehingga bayi berusia enam bulan sahaja.

Alahai kak oih… Tak semestinya boleh pakai sampai usia enam bulan je. Macam-macam jenis car seat ada dijual, pilihlah yang boleh dipakai dalam masa yang panjang.

Selain itu, bukan dia sahaja yang menggunakan cara itu, malah ibu mentuanya turut mempraktikkan penggunaan raga tersebut kerana idea itu datang daripada ibu mertuanya sendiri!

Tak boleh nak cakap apa lah, kalau mak mentua dia sendiri yang sudah sarankan guna cara macam tu.

Maka ramailah netizen mengecam perbutan wanita tersebut kerana bimbang jika bayi akan terlambung apabila berlaku kemalangan atau ketika brek kecemasan.

Bukanlah hanya dikecam kerana dianggap tidak mengutamakan keselamatan anak, wanita tersebut turut dikecam kerana berkira untuk membeli car seat sedangkan model keretanya kelihatan agak mewah.

Sayang siapa yang lebih ni? Kereta ke anak? Kereta rosak boleh baiki. Kalau anak dah hilang, tak ada jual kat supermarket kak.

Netizen bising bukan semata-mata menghina sahaja, mereka turut menasihati wanita tersebut agar mengeluarkan sedikit wang demi keselamatan si anak.

Harapnya tak ada lah mana-mana ibu bapa yang mengikut tips tak masuk akal ni! Memang lah jimat tapi masalah utamanya ialah membahayakan keselamatan.

Bak kata Nur Sajat, ‘mana letaknya akal fikiran yang telah diberikan oleh Allah S.W.T?’. – MYNEWSHUB.CC/AH

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments