Wednesday 13 December 2017

Cubaan Letup Terminal Bas Tersibuk New York Gagal


SEORANG lelaki berjaya ditahan pihak berkuasa selepas cuba melakukan serangan keganasan di sebuah stesen bas di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Pengganas tidak akan menang,” jelas datuk bandar terbesar di AS itu, Bill de Blasio selepas berlaku letupan di Terminal Port Authority, Manhattan awal pagi Isnin.

Suspek kejadian dikenal pasti sebagai Akayed Ullah berusia 27 tahun merupakan imigran dari Bangladesh dan pemegang ‘kad hijau’ yang mempunyai keluarga sendiri di AS.

Ullah bagaimanapun mengalami kecederaan berikutan bahan letupan yang diikat di badannya itu tiba-tiba meletup dan segera dihantar ke Hospital Bellevue.

Manakala tiga orang awan mengalami kecederaan ringan. De Blasio percaya Ullah hanya bertindak seorang diri.

Letupan tersebut berlaku pada pukul 7.30 pagi Isnin di sebuah terminal bas paling sibuk di dunia. – mStar Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments