Tuesday 5 December 2017

Anak Bunuh, Kerat Badan & Potong Kemaluan Bapa


KEJAM… Seorang lelaki berusia 26 tahun telah bunuh bapanya, mengerat mayatnya termasuk memotong kemaluan lelaki itu dan kemudian berswafoto untuk dimuat naik menerusi Facebook.

Carlton Edmondson, dari Chicago, Amerika Syarikat merupakan penulis lirik. Dia telah ditahan atas tuduhan membunuh bapanya yang berusia 61 tahun, Carl Edmondson, di bilik bawah tanah di rumah mereka.

Jenayah itu terbongkar selepas polis ke rumah berkenaan untuk membuat pemeriksaan kebajikan dan mendapati kepala mangsa di atas lantai manakala darah serta otaknya bertaburan di kawasan berkenaan.


Sebilah pisau juga ditemui di tempat berkenaan. Lebih malang kemaluan Carl telah dipotong dengan bahagian yang terpotong itu ditemui di bilik bawah tanah itu.

Manakala pada 25 November lalu. Carlton telah memuat naik gambarnya di Facebook yang menunjukkan dia memakai jaket hitam dan putih yang dipenuhi dengan darah.

Imej berkenaan dikatakan masih berada di media sosial.

Carl dibunuh hanya selepas lima hari dia memohon perlindungan daripada anak lelakinya susulan perbuatan Carlton yang telah membaling batu ke arah tingkap rumah bapanya.

Carlton bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin terhadap kesalahan membaling batu itu.

Susulan pembunuhan yang dilakukan itu, Carlton diarahkan untuk menjalani pemeriksaan mental. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments