Sunday 3 December 2017

Ditahan Polis Kerana Stoking Bau Busuk


NEW DELHI – Sepasang stoking busuk menyebabkan seorang lelaki ditahan Polis India kerana mencetuskan rasa kurang senang penumpang lain dalam sebuah bas.

Menurut polis, tindakan lelaki itu menanggalkan kasut dan stoking dan meletakkannya di laluan dalam bas ketika dalam perjalanan dari Himachal Pradesh ke New Delhi menyebabkan rasa marah penumpang lain.

Mereka yang kurang senang mengarahkan lelaki itu mengalihkan atau membuang stoking terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu berdegil hingga mencetuskan salah faham sehingga memaksa pemandu bas berhenti di sebuah balai polis di daerah Una, Himachal Pradesh.

Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi berkata, bas itu terpaksa berhenti beberapa kali kerana masalah bau yang kurang menyenangkan sebelum sampai ke balai polis tersebut.

“Lelaki itu ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam namun kemudian dibebaskan dengan ikat jamin,” kata Gandhi. – AFP/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments