Saturday 2 December 2017

Demi Angelina Jolie, Wanita Ini Sanggup Digelar Zombie


ADA orang yang terlalu obses untuk kelihatan secantik selebriti pujaan mereka sehingga sanggup ke meja pakar bedah semata-mata untuk tujuan itu.

Baru-baru ini, tular di laman Facebook apabila beberapa keping gambar seorang wanita yang sanggup mengubah wajahnya untuk kelihatan mirip aktres Hollywood, Angelina Jolie.



Wanita dari Tehran, Iran itu dikenali sebagai Sahar Tabar,19, dikatakan telah menjalani sebanyak 50 kali pembedahan demi mencapai impiannya itu!

Sahar juga dikatakan terlampau obses terhadap Angelina dan sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki wajah yang ‘cantik’ seperti pelakon itu.




Disebabkan perubahan wajahnya yang agak mengejutkan itu, dia telah menjadikan laman Instagram miliknya sebagai catatan hidup dengan memuat naik gambar-gambar perubahan wajahnya.

Instagram miliknya juga telah mencapai hampir 500 ribu pengikut! Woww… Yang follow ni semua memang nak tengok perkembangan dia atau pun hanya nak mengutuk sahaja?


Tapi ramai juga netizen dari luar negara mengkritik tindakan Sahar kerana selepas menjalani banyak pembedahan, wajahnya tak tumpah seperti seorang zombie yang lapar!

Mana tidaknya, tubuh badan yang kurus kering itu membuatkan dia kelihatan macam tak cukup zat.

Jastrzab Post turut melaporkan bahawa Sahar telah menjalani beberapa diet khas bagi mengekalkan berat badannya seperti sekarang iaitu 40kilogram.


Namun apa yang lebih mengejutkan ialah apabila tersebar beberapa berita mengenainya di laman Twitter yang mana mengatakan bahawa sebenarnya ini semua adalah palsu! Iyalah, mana ada manusia yang sanggup buat operation sampai 50 kali semata-mata untuk jadi macam selebriti kegemaran mereka?

Menurut komen yang ditinggalkan oleh netizen dari luar negara, mereka memberitahu bahawa Sahar ialah seorang jurusolek khas. Selain itu, kebanyakan gambarnya telah disunting menggunakan Photoshop bagi menampakkan dia seolah-olah kurus kering seperti itu.


Tapi kalau dia hanya menyunting gambarnya, kenapa jadi kurus sangat macam tu sekali? Atau memang dia sengaja membuat demikian untuk menarik minat orang lain supaya menggunakan perkhidmatannya sebagai seorang jurusolek?

Mungkin dia hanya menjalani beberapa pembedahan di bahagian hidung dan bibirnya sahaja. Tapi yang selebihnya hanya makeup dan Photoshop sahaja.

Kelakar juga bila ada yang menggelarkannya sebagai ‘The Corpse Bride di dalam filem animasi arahan Tim Burton. Ada ke patut samakan dia dengan watak kartun?


Apa pun, harap tak ada lah lagi orang yang obeses macam ni sampai sanggup cocok sana cocok sini semata untuk cantik. Tak perlu nak ubah ciptaan Tuhan, semua orang ada kekurangan dan kelebihan sendiri kan. – MYNEWSHUB.CC / AH

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments