Friday 15 December 2017

Netizen ‘Bengang’ Blogger Tak Kenal Aaron Aziz


RASANYA semua orang di Alam Melayu kenal siapa Aaron Aziz, tetapi masih berkemungkinan tinggi aktor tersebut hanya dikenali oleh peminat berbangsa Melayu sahaja dan tidak begitu popular di kalangan bangsa lain.

Namun, itu tidak menjejaskan social media presence pelakon dan pengarah kelahiran Singapura itu.

Baru-baru ini, Aaron telah dinobatkan sebagai personaliti warganegara Singapura paling popular di Twitter dengan 2.1 juta pengikut– jauh lebih banyak berbanding Perdana Menteri republik tersebut, Lee Hsien Loong!



Dan biasalah, bila seseorang itu berjaya pasti ada saja suara-suara sumbang yang mempertikaikan kredibilitinya.

Blogger dan personaliti media sosial popular Kota Singa itu, Xiaxue turut termasuk dalam senarai itu sebagai akaun keenam paling diikuti netizen Singapura di Twitter.

Namun, wanita berambut merah jambu itu seakan-akan tidak berpuas hati apabila Aaron dinobatkan sebagai selebriti paling popular di Twitter.



“Siapa Aaron Aziz dan mengapa dia mempunyai 2.1 juta pengikut tetapi terlalu sedikitretweet dan likes?” soal Xiaxue di Twitter.

Sebagai seseorang yang memang hidup dan mencari duit menggunakan Internet, Xiaxue sepatutnya sudah pandai buat carian Google, kan? Daripada memberi kenyataan bodoh sombong seperti itu, baik buat sedikit kajian tentang seseorang yang terang-terang lebih popular daripada kau!

Dan tidak hairanlah apabila netizen turut menzahirkan rasa jelik terhadap Xiaxue yang bimbo itu.


“Awak siapa?” tanya @realisya, yang kemudiannya dibalas dengan gedik oleh Xiaxue: “Awww sentap ke…jawapannya: Seseorang yang diakui lebih terkenal daripada kamu.”

Twitter Xiaxue yang sebelum ini hanya dipenuhi dengan pautan ke Instagram peribadinya kini kembali ‘hidup’ dengan pertukaran hangat antaranya dengan netizen yang meluat dengan sikap mengada-ngadanya itu.

Kemudian, Xiaxue yang lahir, dibesarkan dan kini menetap di Singapura itu mengatakan salahkah jika dia tidak mengenali Aaron Aziz kerana katanya, dia tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu pun!


“Kenapa orang ramai nak sentap sangat sebab saya tak kenal siapa Aaron Aziz? Korang ingat saya tonton rancangan stesen TV Malaysia ke bila saya sendiri tak faham Bahasa Melayu?!! Saya pasti Aaron sendiri pun tak kenal siapa saya juga jadi apa masalahnya,” balas Xiaxue kepada seorang netizen yang mengkritik dirinya.

Hello amoi, kalau tak faham Bahasa Melayu habis tu masa Hari Kebangsaan awak nyanyi lagu apa selain Majulah Singapura? Eh, meluat sangat tau!

Tidak terhenti di situ, malah Xiaxue cuba meraih populariti murrahan semua di Twitternya yang sudah bersawang dengan memberi bayangan seakan-akan mengatakan Aaron popular kerana ‘beli’ followers!


Menerusi sebuah petikan skrin, Xiaxue menunjukkan analisis penambahan jumlah pengikut Aaron selepas dia menyoal kredibiliti aktor itu.

Menurut Xiaxue, agak mustahil untuk mencapai 100 ribu pengikut baru di Twitter hanya selepas beberapa hari.

Namun jika dilihat pada carta Social Blade yang merupakan laman web untuk melihat jumlah pengikut baru itu, jelas sekali followers Aaron naik sedikit demi sedikit dalam tempoh setahun, bukan beberapa hari.

Haih, begitulah realiti seniman Melayu di Singapura gamaknya; tertindas dan dinafikan oleh bangsa lain meskipun kejayaannya itu adalah daripada usaha keras.

Tak apalah Aaron, peminat anda di Malaysia amat berbangga dengan pencapaian anda kerana berjaya menjadi satu-satunya kaum minoriti yang tersenarai dan mengungguli carta personaliti Singapura paling popular di Twitter itu.

Sementara itu, Aaron nampaknya tidak ada masa untuk melayan provokasi seperti itu kerana kini sedang menikmati percutian keluarga di Tokyo.


Tahniah kami ucapkan dan selamat bercuti bersama-sama keluarga di Jepun,ya!-MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
1 comment:
Write comments
  1. HERE IS MY TESTIMONY ON HOW I GOT A RICH SUGAR MUMMY CONNECTION.... We offer Sugar Mummy all over Malaysia. These ladies they are divorced and single ladies there is no risk involve we have per-time services and longterms hookup terms hookup. Applicant can make above RM40,000 Per month. Sugar Mummy have change the life of many young boys and girls in Malaysia Mummy pay you RM4,000 each time you meet her our hookup venture in 100% legal risk free. we are one true legitimate agency in Malaysia for urgent hookup CONTACT SERVICES CENTER (whatsaapp +601160954351) For more INFO...

    ReplyDelete