Tuesday 5 December 2017

Awek Tudung Promosi ‘Kondom Berduri’ Minta Maaf


PADA Selasa lalu, tular sebuah rakaman seorang gadis manis bertudung litup mempromosi dan menunjukkan cara penggunaan ‘kondom berduri’.

Tindakan yang dirasakan agak keterlaluan itu telah menyebabkan dia terpaksa menanggung malu dan menerima kecaman yang teruk di laman sosial.

Susulan insiden itu, wanita berusia 26 tahun tersebut telah tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut wanita yang tidak didedahkan identiti itu berkata, video yang tular itu dihasilkan hanya sekadar suka-suka dan bukan untuk ditayangkan mahupun dipertonton kepada umum.


“Saya bukan nak ‘viralkan’ (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam ‘group’ Whatsapp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka.

“Dalam video tu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.

“Malu sangat selepas ‘viral’ di Facebook (FB),” katanya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, pemilik kedai menjual barangan kosmetik di tempatnya bekerja turut sama menanggung malu ekoran penyebaran video berkenaan.

“Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam ‘group’ Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu ‘viral’.

“Bukan saya yang ‘viralkan’, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu,” jelasnya.

Bagaimanapun, wanita itu menerusi akaun Facebook miliknya telah tampil mohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sebelum ini tular di laman sosial sebuah video berdurasi satu minit dan 26 saat yang menyaksikan seorang wanita bertudung mempromosi ‘kondom berduri’.

Selain mempromosi, wanita tersebut dilihat turut mengajar cara penggunaan produk kesihatan seksual lelaki tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments