Monday 18 December 2017

Pengumpul Pedang Samurai Bunuh Diri


PEDANG makan tuan… Seorang lelaki telah membunuh diri dengan menggunakan pedang samurai miliknya menerusi tradisi ritual seorang samurai, iaitu `hara-kiri’.

Alun Jones, 51, seorang duda, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Newport, Wales, Britain. Mendiang mula mengumpul pedang samurai selepas menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja di Jepun.

Mayatnya ditemui oleh ibunya, Margare. Dia sebelum ini sering berulang alik dari Britain ke Jepun selepas bekerja di sebuah kedai penjualan senjata tajam.

Dalam inkues yang dijalankan susulan kematiannya itu, adiknya, Marianne Caulfield berkata, abangnya telah menetap di luar negara selama beberapa tahun dan apabila balik ke Britain, dia akan melawat kawan-kawannya.

“Tapi kali ini dia kehilangan berat badan dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Dia mempunyai koleksi pedang samurai dan berminat dengan tradisi samurai,’’katanya.

Beberapa jam sebelum kematiannya, Alun dilihat sedang tidur di atas sofa oleh jiran mereka dengan gambar keluarga mereka berada di sebelahnya.

Sementara pakar bedah siasat, David Bowen pula memberitahu, Alun meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian jantung dan hati.

“Dia mempunyai koleksi pedang samurai dan dia telah menghantarnya kepada pakar di London. Dia ditemui dalam keadaan pedang samurai itu di bawah badannya dan saya berpuas hati ia adalah perbuatannya sendiri.

“Di Jepun tradisi ini dipanggil hara-kiri tetapi di negara ini, ia digelar bunuh diri,’’kata Bowen. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments