Monday 18 December 2017

Suami Isteri Potong Kaki Kucing Tanpa Guna Bius


SEPASANG suami isteri telah didenda selepas didapati bersalah kerana melakukan kekejaman terhadap kucing peliharaan mereka, Oscar dengan memotong kaki kucing itu tanpa bius.

Oscar sebelum itu telah dilanggar oleh sebuah kereta dan selepas kecederaan yang dialami di kakinya, pemiliknya Dharme Kinsey telah bertindak memotong kaki kucing itu dengan menggunakan pisau di rumah mereka.

Manakala isterinya pula, Amu Matthews, sempat bergurau dengan anak perempuan mereka menerusi sistem mesej ringkas bahawa kaki kucing itu telah dilempar ke atas bumbung rumah jiran mereka di Queensland, Australia.


Mengikut kertas pertuduhan, pasangan itu dilaporkan gagal menyediakan perubatan kepada Oscar antara 10 Disember 2016 hingga 10 Januari tahun ini. Mereka beri alasan tiada duit untuk hantar kucing itu kepada veterinar.

Matthews didenda A$1,000 dan diarahkan membayar tambahan A$1,100 kepada The Royal Society For The Prevention of Cruetly to Animals (RSPCA) sementara Kinsey juga didenda A$1,000 serta diarahkan membayar A$2,800 untuk yuran veterinar.

Dia juga dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan namun hukuman itu ditangguhkan selepas didapati bersalah melakukan kekejaman kepada binatang.

Pasangan itu yang turut mempunyai kucing dan dua ekor anjing juga diharamkan memelihara binatang sehingga 2025. Binatang peliharaan mereka telah dirampas. –MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments