Friday 11 August 2017

Sajat Kini Dilamun Cinta Dengan Kawan Rapat


SEBELUM ini hangat dengan satu posting penyanyi, Yuna yang menceritakan bagaimana dia jatuh cinta dengan sahabat baik sendiri dan kini telah menjadi tunangannya, Adam Yusuf Sinclair

Terkini, Sajat turut dilihat sedang dilamun cinta dengan kawan baiknya. Haaa…? Bercinta pulak dahhh? Dengan siapa tu? Kelasss…

Baru-baru ini Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat sering kali dilihat memuat naik gambar bersama seorang jejaka di akaun Instagram miliknya.


Selain itu, jejaka tersebut yang dikenali sebagai Coach Yin itu dilihat turut melakukan perkara yang sama dengan memuat naik gambar mesra mereka berdua.

A post shared by Fitness & Health (@coach_yin) on

Berikutan itu, ramai yang mendakwa Sajat kini sedang hangat dilamun cinta dengan jejaka berkenaan.

Namun, sebenarnya mereka berdua masih lagi mengenal hati budi masing-masing.

“Kami berkawan rapat dan saling mengenali hati budi. Diakui buat masa sekarang dia lelaki paling rapat dengan saya.

“Selain berhubung kerana urusan perniagaan, dia juga menjadi tempat saya berkongsi masalah,” ujar Sajat dipetik sebuah portal online.

Tambahnya lagi, menjadi lumrah kehidupan kita sebagai manusia memerlukan kawan rapat.

Bagi Sajat, soal rindu dan sayang adalah begitu subjektif dan perasaan itu bukan hanya untuk kekasih malah untuk sesiapa sahaja yang kita rapat.

“Dalam hidup kita perlu ada kawan rapat. Saya macam orang lain juga mengharap yang terbaik dalam hidup. Soal sayang atau rindu, bagi saya ia subjektif.

“Perasaan itu bukan hanya untuk kekasih tetapi sesiapa sahaja yang rapat dengan kita,” jelasnya.

Fuhhh… Di saat orang sedang begitu sibuk bertelagah untuk membuktikan jantina sebenar Sajat, tapi dia pula sedang bahagia dengan ‘kawan baik’.

Hmmm… kalau dah sampai ada boyfriend tuuu. Mungkin betul la kot dia ni perempuan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments