Friday, 18 August 2017

Remaja India Jadi Mangsa Terbaru Blue Whale


SEORANG remaja dari India menjadi mangsa terbaru permainan Blue Whale selepas dia bunuh diri dengan melemaskan diri menggunakan beg plastik di dalam bilik air di rumahnya di India.

Mayat Ankan Dey, 14, dari bandar Anandpur, ditemui oleh keluarganya selepas mereka curiga kerana dia tidak keluar dari bilik air selepas mandi.

Dia dikatakan bermain permainan `gila’ Blue Whale, iaitu permainan yang menetapkan 50 cabaran kepada pemain sebelum diakhiri dengan membunuh diri.

Sebelum ini, permainan itu telah mendorong 130 remaja di Eropah membunuh diri.

Menurut bapanya, Gopinath Dey, sebaik pulang dari sekolah, anaknya itu hanya menghadap komputer dan apabila ibunya memanggilnya untuk makan, dia memaklumkan mahu mandi terlebih dahulu.

“Apabila dia tidak keluar dari bilik air, kami memecahkan pintu dan menemuinya terbaring tidak sedarkan diri.

“Dia dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia,’’ katanya. Polis kini sedang menyiasat kematian Ankan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments