Thursday 10 August 2017

Ini Baru Betul Abang Bomba I Love You!


SEMALAM tular menerusi laman sosial apabila instafamous Dena Bahrin telah memuat naik satu rakaman video yang telah mendapat lebih 25 ribu tontonan dalam masa hanya 17 jam.

Video eksklusif tersebut menunjukkan usaha seorang anggota bomba untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di tempat tinggi dan sukar dicapai.

Menurut Dena, menerusi posting Instagramnya, pihak bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk membuat persiapan sebelum misi menyelamatkan si comel itu dijalankan.

Video yang mendapat 24 ribu retweet melalui laman Twitter itu turut menerima reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya turut berdebar menyaksikan aksi kucing yang tergelincir dan jatuh dari tempat tinggi tersebut.


Mujur ada sekumpulan abang bomba lagi di bawah yang sudah siap sedia dengan segala macam peralatan untuk menyambut mamalia jinak itu. Fuhhh… berdebar juga sebenarnya tengok aksi kucing itu!

Insiden ini berlaku di kompleks beli-belah Melawati Mall yang baru dibuka di Taman Melawati. Insiden ini turut mendapat perhatian orang ramai di situ kerana risau akan keadaan si comel itu.

Baguslah bomba Malaysia ni. Kucing yang sekecil-kecil haiwan pun turut diberi perhatian. Kudos abang-abang bomba sekalian! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments