Wednesday 15 March 2017

Wanita Selamba Berak Di Tepi Jalan


PENGOTOR. Manusia jenis apa la yang sanggup berak tepi jalan. Itu yang berlaku kepada seorang wanita yang dirakamkan berak di tepi jalan di sebuah kawasan berampiran dengan deretan kedai di New Zealand.

Pemilik kedai itu, Nik Black terkejut melihat tahi di depan kedainya dan berdasarkan bentuk, ia bukan tahi binatang.

Bengang dengan keadaan itu, Nik telah memeriksa kamera CCTV miliknya dan mendapati seorang wanita telah keluar dari van yang diletakkan di situ, lalu terus menonggek dan dengan selamba berak di situ.

Selepas selesai, dia telah menolak tahi berkenaan ke dalam longkang dengan menggunakan tisu sebelum masuk balik ke dalam van.

“Dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Ini bukannya kawasan semak. Ia sangat menjijikkan sedangkan ada sebuah stesen petrol kira-kira 100 meter dari sini yang buka 24 jam,” kata Nik.

Dalam pada itu, wartawan Newshub telah bertanyakan wanita itu dan pasangannya yang kebetulan sedang tidur di dalam van berkenaan namun mereka menafikannya.

Mereka memberi alasan terpaksa berhenti di situ disebabkan van mereka rosak. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments