Wednesday 15 March 2017

Disangka Biawak Gergasi Dalam Longkang Rupanya…


WARGA penduduk di kawasan Kemayoran, Jakarta gempar apabila mendapati makhluk ganjil merangkak di dalam saliran longkang di Jalan Howitzer Raya pada Isnin lalu.

Rata-rata warganya tidak berani untuk mendekati longkang terbabit bertindak menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat kejadian itu.

Makhluk ganjil yang berwarna hitam yang diselaputi lumpur sampah-sarap itu pada awalnya disyaki sebagai biawak gergasi namun setelah diperiksa oleh anggota polis mendapati ianya adalah seorang remaja lelaki.

Ketua polis tempatan, M Rosid memberitahu makhluk ganjil itu merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Supeno berasal dari Sumur Batu, Kemayoran.


Supeno yang berada dalam kesejukan dan dipenuhi lumpur akhirnya dibantu dan dimandikan oleh anggota polis dan warga tempatan sebelum dibawa ke balai untuk diserahkan kepada keluarganya.

Menurut laman tempatan negara itu, ahli keluarga Supeno memberitahu mangsa bertindak sedemikian akibat kemurungan yang berpunca selepas bekas majikannya tidak membayar gaji kepadanya.

Difahamkan Supeno sebelum ini pernah bekerja sebagai buruh binaan di Bandung selama sebulan.

Akibat kemurungan yang dihidapi, Supeno kini ditempatkan di rumah sakit jiwa Pekalongan, salah sebuah daerah di bandar tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments