CANBERRA – Biro Keselamatan Pengangkutan Asutralia (ATSB) mengeluarkan amaran bahaya kepada penumpang yang menggunakan fon kepala berkuasa bateri susulan seorang wanita melecur apabila bateri di dalam alat pendengaran digunakan itu meletup dalam satu penerbangan dari Beijing ke Melbourne, lapor agensi berita China Xinhua.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu ATSB berkata kejadian belaku ketika wanita berkenaan sedang mendengar muzik.
Wanita itu memberitahu ATSB beliau mengalami sedikit melecur di bahagian muka dan memuji tindakan pantas anak kapal membantunya serta mengawal keadaan.
Penumpang wanita itu mendengar muzik menggunakan fon kepala dan tertidur sebelum mendengar satu letupan kuat.
“Tiba-tiba saya rasa muka seperti terbakar, saya terus tanggalkan fon kepala dan mencampakkannya ke lantai, terdapat sedikit percikan api,” katanya yang enggan dikenali
Susulan itu ATSB mengingatkan penumpang untuk menyimpan apa sahaja peralatan yang menggunakan kuasa bateri dalam bekas penyimpanan sesuai.
“Bateri simpanan perlu disimpan dalam kargo dan bukan diletakkan dalam bagasi yang dibawa bersama ke dalam kabin,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA
No comments:
Write comments