PASTI ramai dah tengok kan video viral lucu melibatkan sebuah keluarga dari Korea Selatan ini.
Sesi interview di antara Profesor Robert Kelly dengan stesen televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) baru-baru ini telah ‘diganggu’ oleh dua makhluk comel iaitu anaknya sendiri.
Video lucu itu pantas menjadi sensasi dan tular kerana ramai menyatakan cukup terhibur dengan rakaman tersebut.
Robert merupakan pakar penganalisis politik Korea Selatan dan dia ditemubual BBC bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pemecatan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye disebabkan skandal rasuah baru-baru ini.
Dalam video terbaharu Robert yang ditemubual Wall Street Journal (WSJ) berkata, mereka sekeluarga memahami kenapa ramai terhibur dengan video tersebut.
Menurut Robert lagi, anak perempuannya, Marion, 4, kelihatan riang dan gembira dalam video tersebut kerana baharu sahaja pulang daripada meraikan sambutan hari lahirnya di tadika sebelum dia ‘mengganggu’ sesi temubual bapanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai ramai pihak menyangkakan wanita dalam video itu adalah pembantu rumahnya, Robert menjelaskan wanita itu adalah isterinya yang merupakan warga Korea Selatan, Jung-a Kim.
Robert juga menafikan dia tidak memakai seluar atau hanya berseluar pendek ketika sesi temubual sebelum ini diadakan.
Ini kerana ramai netizen mendakwa Robert tidak memakai seluar menyebabkannya tidak boleh berdiri untuk ‘menghalau’ keluar anak-anaknya dari memasuki frame video tersebut. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments