Kematian seorang lelaki beranak tiga dengan menggantung diri secara live di Facebook jumaat semalam telah membuat pengguna media sosial kecoh.
Video yang di siarkan secara live itu ditonton lebih dari sejuta orang, hingga pihak facebook memadam serta merta video berkenan, pun begitu ada juga berjaya menyimpan video tersebut.
Lelaki yang bernama Pahinggar Indrawan dikatakan bunuh diri akibat kecewa dengan isteri yang meninggalkanya.
Dimaklumkan mangsa dan isterinya Dina Fitrianti sempat bergaduh mulut sebelum kejadian.
Pasangan berkenan dibawa ke rumah ketua kampung untuk berdamai, akan tetapi selepas beberapa jam kemudian mangsa ditemukan anaknya dalam keadaan tergantung.
Dilihat dari akaun facebook isteri mangsa Dina Febrianti mengunggah status seolah pergaduhan keduanya sudah lama berlaku. Seperti pada 28 Februari 2017, ” Emosi Tinggi” begitu tulisnya.
Kemudian di hari bulan yang sama beliau menulis , “Try to make the world getting better ..
Start from u Start from meStart from all of us”
Terakhir pada 3 Maret 2017 akun itu menuliskan “Hard breath .. need doc”.
Bahkan dalam postingan gambar, mangsa sempat memberikan komen “nakalnya isteriku”. Hingga kini kabar terbaru mengenai isteri tidak dapat diketahui. - eBerita
Tonton video (DISINI)
No comments:
Write comments