Monday 20 March 2017

Anak saya bukan pengganas


PARIS: Lelaki yang mati ditembak selepas menyerang anggota tentera di Lapangan Terbang Orly di sini, semalam berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol. 

Serangan oleh Ziyed Ben Belgacem, 39, terhadap lapangan terbang kedua tersibuk Paris itu terpaksa ditutup. Lapangan terbang itu dibuka kembali pagi ini.

Sumber Jabatan Kehakiman menyatakan ujian toksikologi yang dilakukan semalam, mendapati kandungan alkohol dalam darah lelaki itu ialah 0.93 gram per liter serta kesan ganja dan kokain.

Ziyed yang beragama Islam, dilahirkan di Perancis dengan ibu bapa berketurunan Tunisia, mengacu pistol ke arah seorang anggota tentera selepas merampas raifel wanita itu dengan berkata dia bersedia mati kerana Tuhan. 

Bapanya menegaskan anaknya bukan pengganas sebelum ini dan tindakan anaknya itu akibat alkohol dan dadah. 

Dalam temuramah dengan radio Europe 1, bapanya berkata, Ziyed pernah dipenjara kerana kesalahan rompakan bersenjata dan dadah, menunjukkan dia bukan seorang pengganas. 

Ziyed yang turut melepaskan tembakan ke arah polis, ditembak mati ketika pergelutan dengan dua anggota tentera. – AFP/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments